2,445 kes semalam, dua kematian

September 29, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, (Rabu, 28 September 2022) meningkat 893 kes kepada 2,445, berbanding 1,552 kes yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,837,005 kes, dengan 4,775,927 pesakit telah sembuh, termasuk 1,613 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,760 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 484 kes (penerima dua dos); 185 kes (individu tidak divaksinasi); dan 16 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 24,713 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 23,883 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu termasuk, 23,567 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, meningkat berbanding 22,741 pesakit pada Selasa, manakala tiada pesakit dirawat di PKRC, kekal seperti pada Selasa.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula naik semula kepada 1,105, berbanding 1,096 pesakit pada Selasa, manakala seramai 41 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (46 pada Selasa), dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (26 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 990 (1,475,841);
  • Kuala Lumpur – 441 (436,978);
  • Sabah – 176 (394,595);
  • Johor – 60 (393,746);
  • Sarawak – 82 (315,439);
  • Kedah – 83 (309,718);
  • Pulau Pinang – 78 (297,177);
  • Kelantan – 67 (253,667);
  • Perak – 184 (227,456);
  • Negeri Sembilan – 119 (221,975);
  • Pahang – 40 (177,482);
  • Melaka – 68 (135,226);
  • Terengganu – 24 (129,613);
  • Putrajaya – 31 (27,380);
  • Labuan – 0 (22,262); dan
  • Perlis – 2 (18,450).

Sementara itu, dua pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di fasiliti kesihatan, semalam.

Dua kes kematian itu direkodkan di Perak dan Sabah, menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,365 kes, termasuk 7,732 kes BID.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari 2021 sehingga semalam, lebih 72.34 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,101,509 atau 86.1 peratus melibatkan dos pertama; 27,508,318 (84.2 peratus dos kedua); 16,235,497 (49.7 peratus dos penggalak pertama); dan 502,147 (1.5 peratus dos penggalak kedua).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok