244 kes baharu, lima kematian

March 3, 2023 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 2 Mac 2023) naik lagi kepada 244 kes, berbanding 217 yang direkodkan pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi pula menunjukkan jangkitan baharu itu, termasuk enam kes melibatkan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun, turun berbanding 12 yang direkodkan pada Rabu.

Dua daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan empat lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,043,252 kes, dengan 4,997,031 pesakit telah pulih.

Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 190 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 32 kes (individu lengkap vaksinasi); satu kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 21 kes (individu tidak divaksinasi).

Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,256 kes Covid-19 masih aktif, naik semula berbanding 9,230 yang dicatat pada Rabu.

Sehingga semalam juga seramai 8,896 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (8,882 pada Rabu), sementara 353 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, meningkat berbanding 341 pada Rabu.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam kekal pada tujuh orang, dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor, Perak (BID), Sabah (BID), Sarawak dan Selangor.

Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 36,965 kes, termasuk 7,876 kes BID.

Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.

  • Selangor – 76 (3,100,835);
  • Kuala Lumpur – 81 (469,858);
  • Sabah – 4 (406,924);
  • Johor – 12 (398,568);
  • Sarawak – 11 (324,621);
  • Kedah – 8 (318,771);
  • Pulau Pinang – 10 (307,687);
  • Kelantan – 4 (260,160);
  • Perak – 5 (239,208);
  • Negeri Sembilan – 5 (231,143);
  • Pahang – 4 (182,751);
  • Melaka – 14 (145,338);
  • Terengganu – 7 (133,043);
  • Putrajaya – 2 (32,601);
  • Labuan – 1 (22,968); dan
  • Perlis – 0 (19,012).

Berita berkaitan
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok