2,437 kes semalam, 8 kematian

August 16, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 15 Ogos 2022) turun berbanding yang direkodkan pada Ahad, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menurut laman sesawang CovidNOW, dalam tempoh itu sebanyak 2,437 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 3,045 kes yang dicatat pada Ahad.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,737,984 kes, dengan 4,659,688 pesakit telah pulih, termasuk 3,658 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,604 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 533 kes (individu lengkap dua dos); 283 kes (individu tidak divaksinasi); dan 17 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 42,203, berbanding 43,431 kes yang dicatat pada Ahad, dengan seramai 40,525 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (41,759 pada Ahad), dan 31 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, turun berbanding 33 yang dicatat pada Ahad.

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,566 orang berbanding 1,567 pada Ahad, manakala 81 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 72 yang dicatat pada Ahad, dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (46 pada Ahad).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 491 (1,447,202);
  • Kuala Lumpur – 560 (417,203);
  • Johor – 135 (390,426);
  • Sabah – 252 (385,916);
  • Sarawak – 73 (311,101);
  • Kedah – 91 (306,259);
  • Pulau Pinang – 89 (293,251);
  • Kelantan – 119 (250,717);
  • Perak – 172 (219,206);
  • Negeri Sembilan – 162 (216,688);
  • Pahang – 52 (175,052);
  • Melaka – 106 (131,315);
  • Terengganu – 49 (128,010);
  • Putrajaya – 73 (25,527);
  • Labuan – 5 (22,043); dan
  • Perlis – 8 (18,068).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan seramai lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Susulan itu, jumlah kematian akibat Covid-19 sejak wabak itu melanda negara pada Januari 2020 hingga semalam kini meningkat kepada 36,093 kes, termasuk 7,671 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Johor, Melaka dan Perak, manakala masing-masing satu di Pahang dan Pulau Pinang.

KKM juga memaklumkan dua kluster baharu Covid-19 kategori pendidikan dilaporkan semalam yang melibatkan seramai 34 pesakit.

Dua kluster itu masing-masing ialah Kluster Jalan Masjid Kemahang di Tanah Merah, Kelantan melibatkan 10 kes, dan Kluster Dua Jalan Panchang Bedena di Sabak Bernam, Selangor (24 kes).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
8 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
9 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
10 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok