
Data sehingga 14 September 2022.
Jangkitan harian baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 14 September 2022) meningkat semula setelah lima hari berturut-turut mencatat jumlah di bawah 2,000 kes.
Dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 2,431 jangkitan baharu dilaporkan, termasuk lapan kes import, berbanding 1,942 kes pada Selasa.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,811,327 kes, dengan 4,748,732 pesakit telah sembuh, termasuk 1,820 pesakit pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,713 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 470 kes (penerima dua dos); 233 kes (individu tidak divaksinasi); dan 14 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 26,299 kes masih aktif, meningkat berbanding 25,693 yang dicatat pada Selasa.
Jumlah itu termasuk, 25,024 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (24,431 pada Selasa); dan tujuh pesakit ditempatkan di PKRC (11 pada Selasa).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga meningkat sedikit kepada 1,206, berbanding 1,189 pesakit pada Selasa, manakala 62 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, sama seperti pada Selasa, dengan 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (39 pada Selasa).
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 720 (1,468,446);
- Kuala Lumpur – 452 (431,734);
- Johor – 64 (393,017);
- Sabah – 219 (392,335);
- Sarawak – 112 (314,231);
- Kedah – 100 (308,764);
- Pulau Pinang – 108 (296,037);
- Kelantan – 78 (252,867);
- Perak – 234 (225,182);
- Negeri Sembilan – 105 (220,719);
- Pahang – 64 (176,916);
- Melaka – 82 (134,262);
- Terengganu – 34 (129,223);
- Putrajaya – 46 (27,025);
- Labuan – 4 (22,219); dan
- Perlis – 9 (18,350).
KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Perak, termasuk dua kes BID dan masing-masing satu di Sabah serta Sarawak.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,296 kes, termasuk 7,713 kes brought in death (BID).
Selain itu, KKM juga melaporkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan hingga semalam, lebih 72.31 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.
Daripada jumlah itu, 28,097,849 melibatkan dos pertama; 27,501,812 (dos kedua); 16,227,280 (penggalak pertama); dan 487,752 (penggalak kedua).
Dari segi umur penerima vaksin pula, 1,772,622 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun menerima 1,772,622 suntikan dos pertama, diikuti 1,531,944 (dos kedua); dan 1,264 (penggalak pertama).
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, 2,947,321 melibatkan dos pertama; 2,871,586 (dos kedua); 46,768 (penggalak pertama); dan 310 (penggalak kedua).
Individu dewasa berumur 18 hingga 59 tahun pula, 23,377,906 membabitkan dos pertama; 23,098,282 (dos kedua); 16,179,248 (penggalak pertama); dan 487,442 (penggalak kedua).
Sementara bagi individu berusia 60 tahun dan ke atas pula sebanyak 3,437,649 melibatkan dos pertama; 3,415,611 (dos kedua); 2,594,773 (penggalak pertama); dan 184,494 (penggalak kedua).