24,241 jangkitan baharu semalam, 284,592 pesakit kuarantin di rumah

Sebanyak 24,241 lagi jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 18 Mac 2022), turun 2,763 kes berbanding 27,004 pada Khamis.

Ini menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,951,678 kes, dengan 3,623,068 pesakit telah sembuh, 34,244 kes kematian, dan 294,366 kes masih aktif, menurut laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini jam 7 pagi ini.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 284,592 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,791 ditempatkan di PKRC; 7,600 dimasukkan ke hospital; dan 383 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 222 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, data laman sesawang CovidNOW juga menunjukkan hanya dua negeri sahaja merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam.

Perak merekodkan peningkatan daripada 1,561 kes pada Khamis kepada 1,703 kes semalam, menjadikan kumulatif positif 176,092 kes, dengan 161,417 pesakit telah sembuh, 12,974 kes masih aktif, dan 1,701 kes kematian.

Sehingga 17 Mac seramai 1,866,339 atau 74.4 peratus daripada populasi di Perak telah lengkap divaksinasi, manakala 1,976,456 atau 78.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa sama seramai 1,109,385 atau 59.1 peratus daripada individu dewasa di Perak telah menerima dos penggalak.

Sementara itu, Terengganu turut mencatat peningkatan jangkitan harian semalam apabila merekodkan 858 kes berbanding 764 kes pada Khamis.

Selangor kekal merekodkan jangkitan tertinggi berbanding negeri-negeri lain semalam, apabila mencatat 7,430 kes berbanding 7,558 pada Khamis.

Kes mengikut kumpulan umur bagi minggu ini pula adalah seperti berikut:

  • 46,247 (18 – 29 tahun);
  • 42,181 (30 – 39 tahun);
  • 24,594 (40 – 49 tahun);
  • 16,644 (50 – 59 tahun);
  • 11,159 (60 – 69 tahun);
  • 10,697 (0 – 4 tahun);
  • 10,612 (5 – 11 tahun);
  • 6,499 (12 – 17 tahun);
  • 5,215 (70 – 79 tahun); dan
  • 2,182 (80 tahun dan ke atas).

Sehingga 17 Mac, sebanyak lebih 68.37 juta dos vaksin telah diberikan kepada keseluruhan populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, seramai 25,782,213 atau 78.9 peratus telah lengkap divaksinasi, dan 27,379,023 atau 83.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Manakala seramai 15,425,524 atau 65.6 peratus populasi dewasa menerima dos penggalak.

BERITA BERKAIT
POPULAR