2,421 kes baharu, 9 kematian

December 3, 2022 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 2 Disember 2022), turun lagi kepada sembilan kes berbanding 11 yang dilaporkan pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan daripada jumlah itu tiga kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada pesakit yang meninggal dunia itu masing-masing dilaporkan di Kedah dan Perak, manakala masing-masing satu di Johor, Pahang dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,704 kes, termasuk 7,813 kes BID.

Sementara itu, data KKM juga menunjukkan sebanyak 2,421 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding 2,375 kes yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,996,964 kes, dengan 4,936,207 pesakit telah sembuh, termasuk 2,826 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,626 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 544 kes (penerima dua dos); 241 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 24,053 kes masih aktif, turun berbanding 24,467 yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 22,258 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,637 pesakit pada Khamis); dan 1,698 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,739 pada Khamis.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 97 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (91 pada Khamis), dengan 62 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (57 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,000 (1,534,585)
  • Kuala Lumpur – 174 (463,565)
  • Sabah – 173 (405,166)
  • Johor – 38 (397,074)
  • Sarawak – 156 (321,051)
  • Kedah – 135 (316,260)
  • Pulau Pinang – 102 (305,003)
  • Kelantan – 84 (258,864)
  • Perak – 85 (237,149)
  • Negeri Sembilan – 64 (229,422)
  • Pahang – 107 (181,506)
  • Melaka – 153 (142,222)
  • Terengganu – 64 (132,197)
  • Putrajaya – 49 (31,341)
  • Labuan – 22 (22,742)
  • Perlis – 15 (18,817).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok