24 penuntut Politeknik di Sandakan positif Covid-19

December 2, 2021 · Isu semasa

Kes terbaharu Covid-19 melibatkan institusi pengajian dikesan di Sandakan selepas seramai 24 penuntut Politeknik Sandakan sah dijangkiti virus membunuh itu semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesahkan kewujudan Kluster Sungai Batang di Sabah hasil penemuan tersebut.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu tercetus selepas seorang pelajar lelaki 19 tahun, bergejala demam dan batuk sejak 12 November lalu disahkan positif Covid-19.

“Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua orang kakitangan seterusnya mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Masidi yang juga dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, jumlah kes harian Covid-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes.

“Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan hari ini iaitu empat kes di Kota Kinabalu manakala masing-masing satu kes di Kudat, Tuaran dan Lahad Datu.

“Bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 464 orang menjadikan jumlah kumulatif 223,313 orang.

“Seramai 1,447 pesakit menerima rawatan iaitu 623 orang di hospital, 797 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 24 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan tiga orang di fasiliti swasta,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Trauma melampau tanda gangguan mental
July 4, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok