24 kematian akibat Covid-19 semalam, 122,991 kes aktif

February 12, 2022 · Isu semasa

Seramai 24 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, tertinggi sepanjang bulan ini, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Kes kematian itu termasuk sembilan pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat dirawat di hospital atau dikategorikan sebagai kes ’brought in death’ (BID), lapor KKM menerusi laman sesawang Covidnow yang dikemas kini selepas tengah malam tadi.

Jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 32,099 kes, termasuk 6,483 kes BID.

Semua kes kematian itu dilaporkan di sembilan negeri, dengan Kedah mencatat lima kes, diikuti masing-masing empat di Johor serta Sabah, masing-masing tiga di Pahang dan Perak; Negeri Sembilan (dua kes); dan masing-masing satu di Perlis, Selangor, serta Terengganu.

Keseluruhannya, Kedah kini merekodkan 2,198 kes kematian, termasuk 328 kes BID. Negeri itu turut mencatat 189,662 kumulatif kes positif, dengan 176,977 pesakit telah sembuh, dan 10,487 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 9,825 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 421 ditempatkan di PKRC; 224 dimasukkan ke hospital; dan 17 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan tujuh daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat 10 Februari lalu, seramai 1,578,262 atau 72.2 peratus daripada populasi di Kedah telah lengkap divaksinasi, 1,598,534 atau 73.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 611,751 atau 39.7 daripada individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Sebanyak 30 kluster Covid-19 masih aktif di Kedah, dengan 26 daripadanya membabitkan kluster pendidikan; tempat kerja (dua); dan masing-masing satu kluster import serta kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini, lima negeri kekal merekodkan kes kematian melebihi 2,000, dengan Selangor mencatat 10,073 kes, diikuti Johor (3,935); Sabah (2,845); Kuala Lumpur (2,704); dan Kedah (2,198).

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,996,361 kumulatif positif, dengan 2,841,271 pesakit telah sembuh dan 122,991 kes masih aktif, meningkat 15,108 kes berbanding 107,883 kes aktif pada Khamis.

Daripada jumlah kes aktif itu, 111,323 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,001 ditempatkan di PKRC; 5,512 dimasukkan ke hospital; dan 155 pesakit dirawat di ICU, dengan 80 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
8 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
10 minit lalu · Isu semasa
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok