239 mangsa banjir di Kulim, Bandar Baharu di enam PPS

November 12, 2022 · Isu semasa

Seramai 239 mangsa melibatkan 61 keluarga kini ditempatkan enam di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas banjir kilat berlaku akibat hujan lebat di daerah Kulim dan Bandar Baharu setakat jam 8 pagi tadi (12 November 2022).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata semua mangsa di pindahkan bermula jam 9 malam tadi selepas penempatan mereka dinaiki air.

Katanya, lima PPS di Kulim diaktifkan adalah Surau Taman Sang Kancil, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Limau, Dewan Penghulu Kampung Paya Tok Betok, Masjid Sungai Seluang dan Surau Kampung Bukit Sarang Ayam.

Semua kampung yang terlibat dengan banjir itu terletak dalam Mukim Sungai Seluang; Mukim Lunas; mukim Sungai Ular; dan Mukim Naga Lilit.

Manakala di Bandar Baharu mangsa ditempatkan di PPS Surau Kampung Batu 18.

“Operasi pemindahan mangsa dilakukan APM dan dibantu Jabatan Bomba Penyelamat daerah Kulim.

“Keadaan terkini kediaman mangsa yang terjejas masih digenangi air setinggi 0.5 sehingga melebihi satu meter,” katanya menurut Awani.

Amirul Aliff berkata, anggota APM ditempatkan di kawasan terjejas bagi melakukan pemantauan.

Sementara itu, sehingga jam 11 pagi ini, tiga sungai utama di Kedah iaitu Sungai Padang Terap; Sungai Perik; dan Sungai Anak Bukit, mencatat bacaan melebihi paras waspada dan bahaya.

Data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan Sungai Padang Terap di Kampung Kubu, Padang Terap mencatat bacaan melebihi paras bahaya iaitu 13.11 meter (m), berbanding 10.00m paras normal.

Dua lagi iaitu Sungai Perik di Kampung Perik juga di Padang Terap, mencatat paras melebihi waspada iaitu 11.66m, berbanding 9.80m paras normal; dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar melebihi paras waspada (2.24m/1.50m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
2 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
10 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok