2,375 kes baharu, 3 kematian

September 16, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 2,375 jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 15 September 2022), turun berbanding 2,431 kes pada Rabu.

Jumlah kes baharu itu termasuk 11 kes import, menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,813,702 kes, dengan 4,750,198 pesakit telah sembuh, termasuk 1,466 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,659 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 490 kes (penerima dua dos); 220 kes (individu tidak divaksinasi); dan 6 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,205 kes masih aktif, meningkat berbanding 26,299 yang dicatat pada Rabu.

Jumlah itu termasuk, 25,912 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,024 pada Rabu); dan lapan pesakit ditempatkan di PKRC (tujuh pada Rabu).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga meningkat sedikit kepada 1,232, berbanding 1,206 pesakit pada Rabu, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi turun kepada 53 orang berbanding 62 pesakit pada Rabu, dengan 41 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (40 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 683 (1,469,129);
  • Kuala Lumpur – 458 (432,192);
  • Johor – 71 (393,088);
  • Sabah – 230 (392,565);
  • Sarawak – 106 (314,337);
  • Kedah – 70 (308,834);
  • Pulau Pinang – 108 (296,145);
  • Kelantan – 74 (252,941);
  • Perak – 221 (225,403);
  • Negeri Sembilan – 84 (220,803);
  • Pahang – 69 (176,985);
  • Melaka – 113 (134,375);
  • Terengganu – 28 (129,251);
  • Putrajaya – 47 (27,072);
  • Labuan – 4 (22,223); dan
  • Perlis – 9 (18,359).

KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan semua kematian itu dilaporkan di fasiliti kesihatan.

Semua kes kematian itu dilaporkan di Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,299 kes, termasuk 7,713 kes brought in death (BID).

Selain itu, KKM juga melaporkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan hingga semalam, lebih 72.318 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,098,246 melibatkan dos pertama; 27,502,399 (dos kedua); 16,228,368 (penggalak pertama); dan 489,895 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
43 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok