2,341 jangkitan baharu, kes positif di Kelantan naik

Data 20 April 2021

Sebanyak 2,341 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sejak awal tahun lalu ialah 379,473 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak, Selangor dan Kelantan mencatat kes yang tinggi mendahului negeri-negeri lain.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Sarawak mencatatkan 600 kes; Selangor (539); dan Kelantan (429).

Di Kelantan, sembilan daerah masih diklasifikasikan sebagai zon merah membabitkan Kota Bharu; Bachok; Tumpat; Pasir Puteh; Machang; Pasir Mas; Tanah Merah; Kuala Krai dan Jeli.