2,340 kes semalam, enam kematian

September 1, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Hari Kebangsaan ke-65 semalam (Rabu, 31 Ogos 2022) meningkat sedikit berbanding pada Selasa.

Menurut laman sesawang CovidNOW, sebanyak 2,340 kes dilaporkan dalam tempoh itu, berbanding 2,144 kes yang direkodkan pada Selasa.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,782,624 kes, dengan 4,715,417 pesakit telah sembuh, termasuk 2,502 pesakit telah pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,617 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 479 kes (penerima dua dos); 235 (individu tidak divaksinasi); dan 9 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 30,991 kes masih aktif, turun berbanding 31,159 yang dicatat pada Selasa. Jumlah itu termasuk, 29,604 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,784 pada Selasa); dan 17 ditempatkan di PKRC (15 pada Selasa).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun naik sedikit kepada 1,301 semalam, berbanding 1,288 pesakit pada Selasa, dan 69 dimasukkan ke unit rawatan rapi (72 pada Selasa), dengan 42 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (50 pada Selasa).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 492 (1,460,242);
  • Kuala Lumpur – 537 (425,941);
  • Johor – 76 (391,989);
  • Sabah – 223 (389,896);
  • Sarawak – 98 (312,875);
  • Kedah – 72 (307,718);
  • Pulau Pinang – 110 (294,910);
  • Kelantan – 83 (252,016);
  • Perak – 260 (222,754);
  • Negeri Sembilan – 114 (219,324);
  • Pahang – 74 (176,155);
  • Melaka – 101 (133,132);
  • Terengganu – 36 (128,788);
  • Putrajaya – 43 (26,525);
  • Labuan – 5 (22,144); dan
  • Perlis – 16 (18,215).

KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Kuala Lumpur serta Pulau Pinang (1 BID), dan masing-masing satu kes di Kedah serta Selangor.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,216 kes, termasuk 7,696 kes BID.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.26 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,092,107 dos melibatkan dos pertama; 27,494,150 (dos kedua); 16,217,532 (penggalak pertama); dan 466,009 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
18 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
18 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
9 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok