233 kluster tempat kerja masih aktif

Sebanyak 233 kluster tempat kerja membabitkan 16,785 kes masih aktif di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 26 Mei lalu sebanyak 233 kluster tempat kerja atau 39 peratus daripada keseluruhan kluster sedia ada, masih aktif.

“Selain daripada kluster perayaan dan kluster rentas negeri, negara juga berdepan dengan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang dua dan awal gelombang ketiga lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehingga 26 Mei lalu sebanyak 593 kluster masih aktif dan daripada jumlah itu 233 adalah kluster tempat kerja yang membabitkan 16,785 kes aktif.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa pada 12 Mei lalu, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah.

“Arahan bekerja dari rumah telah dinaikkan semasa PKP 3.0 diperketatkan mulai 25 Mei 2021. Setakat ini, sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

“Jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan PKP 3.0, terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster pentadbiran awam; pembinaan; dan perkhidmatan

Bagaimanapun katanya terdapat pula peningkatan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster pembuatan iaitu sebanyak 14 kluster seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21-25 seminggu selepas PKP 3.0.

Sehubungan itu beliau menyeru semua pekerja untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja bagi mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja.

“Majikan juga perlu memainkan peranan penting mereka bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja,” katanya.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021