23 pegawai kanan polis bertukar, dinaikkan pangkat

April 15, 2021 · Isu semasa

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangat 23 pegawai kanannya berkuat kuasa 17 Mei ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Bidor, Perak, Superintendan Rosman Kasman ditukarkan sebagai Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Pegawai Turus Pengurusan Dasar dan Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Perak, Superintendan Lam Chien Fei pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Berikutan itu, Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Ahsmon Bajah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak bagi menggantikan ACP Awang Din Awang Gani.

Menurut kenyataan PDRM hari ini, Awang Din dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Johor.

Selain itu, Timbalan Komander Pasukan FRU, JKDNKA Bukit Aman ACP Noor Hisam Nordin pula dilantik menjadi Ketua JPJKK Pahang dengan memangku pangkat Senior Assisten Komisioner (SAC).

Pertukaran lain membabitkan Pegawai Turus E4B Cawangan Khas Bukit Aman ACP Winston Tan Thye Wa yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang dengan memangku pangkat SAC.

“Jawatan Winston Tan akan digantikan Supt E4A1 Cawangan Khas Bukit Aman, Zulkifli Arin dengan memangku pangkat ACP,” kata kenyataan itu.

Pegawai Turus Operasi Darat, JPJKK Sarawak, Superintendan Ang Seow Aun yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/Perundangan, Sabah dengan memangku pangkat ACP.

Selain itu, Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Selangor.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
3 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok