23 Mei dengar kebenaran merayu Najib, Shafee untuk ketepi Sri Ram

May 9, 2022 · Isu semasa

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk kebenaran merayu terhadap penolakan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan kelayakan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes mereka, akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 23 Mei.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Bahagian Sivil di Jabatan Peguam Negara Shamsul Bolhassan apabila dihubungi Bernama hari ini.

Pengurusan kes bagi kes itu dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Fadzlin Abd Zawawi hari ini yang dihadiri peguam Sarah Abishegam yang mewakili Najib dan Muhammad Shafee manakala Peguam Persekutuan Nur Syazwani Abdul Aziz bagi pihak kerajaan Malaysia, pihak pendakwaan dan Sri Ram.

Menurut Shamsul, timbalan pendaftar itu telah membenarkan permohonan Najib dan Muhammad Shafee untuk melanjutkan masa sehingga 17 Mei bagi memfailkan hujahan bertulis.

Pada 8 November tahun lepas, bekas Perdana Menteri (Najib) dan Muhammad Shafee gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.

Pada 28 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai TPR kanan dalam perbicaraan kes mereka.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Sri Ram dalam kesnya sebagai TPR kanan dalam kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2018.

Muhammad Shafee yang juga peguam Najib, turut mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya sendiri membabitkan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan bekas hakim itu sebagai TPR tidak sah.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
23 minit lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
4 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok