23 kes melibatkan varian baharu dikesan dalam tempoh 6 hari

June 10, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 23 kes melibatkan varian baharu atau Varian Yang Membimbangkan (VOC) Covid-19 untuk tempoh enam hari dalam negara.

Penemuan tersebut hasil survelan genomik secara berterusan dari 3 hingga 8 Jun, dengan 19 daripadanya varian Beta (B.1.351), manakala empat kes varian Delta (B.1.617.2).

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes varian Beta (B.1.351) yang dilaporkan adalah merangkumi lapan kes di Selangor, tiga di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.

Manakala varian Delta (B.1.617.2) yang dikesan adalah masing-masing dua kes di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam, jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) adalah 161 kes, dengan 145 kes VOC dan 16 kes VOI.

Jumlah VOC yang dilaporkan adalah 123 kes varian Beta (B.1.351), 13 kes varian Delta (B.1.617.2), sembilan kes varian Alpha (B.1.1.7), manakala VOI dikesan adalah 12 kes varian Theta (P.3), tiga varian Eta (B.1.525) dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1).

“Kementerian Kesihatan akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit, termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti,” katanya.

Dr Noor Hisham juga menasihatkan orang ramai untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga, bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
22 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok