23 guru tertekan diberi kaunseling pulihkan gangguan emosi

August 3, 2022 · Isu semasa

Dua puluh tiga guru yang dikenal pasti mengalami tekanan akan dipanggil untuk melalui proses tertentu termasuk kaunseling, bagi meningkatkan motivasi mereka dan pulih daripada gangguan emosi yang dialami.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri Datuk Rais Yasin berkata kesemua mereka itu dikenal pasti menghadapi tekanan menggunakan Saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS), untuk mengukur tahap stres dan kemurungan dalam kalangan guru di Melaka.

“Sebilangan mereka berada dalam tekanan bukannya disebabkan bebanan tugas, tetapi disebabkan faktor di luar tempat kerja seperti menghadapi masalah di rumah, kewangan dan keluarga.

“Kita telah mengenal pasti semua guru yang terlibat, seperti yang diminta Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali untuk bantu mereka ini keluar daripada permasalahan yang dihadapi,” katanya kepada media di Krubong di Melaka, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri (MSSN) Melaka, di Dewan Komuniti Sukan Krubong.

Mengulas lanjut Rais berkata pihaknya tidak akan mendedahkan kepada masyarakat apakah masalah yang dihadapi mereka, namun pihaknya akan memastikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membantu kesemua guru itu.

“Insya-Allah, saya sendiri akan memantau apakah statusnya dan saya amat berharap tekanan yang dihadapi para guru-guru ini, dapat dikurangkan segera,” katanya.

Kesemua 23 guru (3.54 peratus) yang dikesan berada tahap tertekan (stres) itu, merupakan dalam kalangan seramai 648 orang daripada 13,976 guru di Melaka, yang dikenal pasti menghadapi tekanan melalui saringan DASS, manakala 28 orang (4.32 peratus) berada pada tahap kemurungan .

Pada 27 Julai lepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengarahkan JPN Melaka menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri itu, yang menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat.

Beliau yang memandang serius laporan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu laporan lengkap berhubung perkara itu dibentangkan kepadanya, sebelum dibawa kepada Kementerian Pendidikan. – Bernama

Berita berkaitan
Proses pertukaran guru akan disusun semula: Radzi
May 16, 2022· Isu semasa
KPM tangani isu guru kontrak dengan sewajarnya
May 4, 2022· Isu semasa
Macau Scam menyamar sebagai wakil LHDN, guru rugi RM22,160 wang lesap
January 29, 2022· Isu semasa
Pengurusan emosi mangsa banjir, elak tekanan
December 24, 2021· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
August 10, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kajian ubah cuti rehat hujung minggu diserah kepada Sultan Johor
9 minit lalu · Isu semasa
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
25 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: DAP pula minta Najib jelaskan layanan istimewa kepada kontraktor
37 minit lalu · Isu semasa
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
44 minit lalu · Isu semasa
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
55 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok