23.8% kanak-kanak terima vaksin

Seramai 846,486 atau 23.8 peratus kanak-kanak berusia antara 5 hingga di bawah 12 tahun, telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sejak PICKids dilancarkan 3 Februari lalu.

Menurut laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini, semalam sahaja seramai 40,588 kanak-kanak menerima suntikan itu dalam usaha memastikan golongan berkenaan tidak dijangkiti Covid-19, terutama varian Omicron yang mudah menular dan menjangkiti.

Sementara itu, data Kementerian Kesihatan (KKM) juga menunjukkan 14,578,408 individu dewasa atau 62.0 peratus, telah menerima dos penggalak sejak Program Imunisasi Covid-19 Dos Penggalak (PICK-B) bermula secara rasmi pada 1 Oktober 2021.

Semalam sahaja sebanyak 58,455 individu dewasa menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, seramai 22,948,424 atau 97.5 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi, manakala 23,228,204 atau 98.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam saja, sebanyak 58,455 dos diberikan kepada golongan itu, termasuk 535 dos pertama dan 328 dos kedua.

Sejak 8 September tahun lalu hingga semalam juga seramai 2,800,661 atau 90.0 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksinasi, manakala 2,894,898 atau 93.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sebanyak 67,089,834 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 25,749,085 atau 78.8 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 26,969,588 atau 82.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR