
Jumlah kes baharu dan pesakit pulih semalam, 21 Oktober 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 21 Oktober 2022), turun sedikit kepada 2,256, berbanding 2,561 kes yang dilaporkan pada Khamis, kata Kementerian kesihatan (KKM) hari ini.
Daripada jumlah itu, 2,250 adalah kes tempatan, manakala enam lagi kes import.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,877,387 kes, dengan 4,814,421 pesakit telah sembuh, termasuk 1,363 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,634 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 426 kes (penerima dua dos); 188 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 26,526 kes masih aktif, meningkat berbanding 25,636 kes yang dilaporkan sehingga Khamis.
Daripada jumlah itu, 25,425 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,483 pesakit pada Khamis); 1,054 dirawat di hospital, turun berbanding 1,102 pada Khamis.
Seramai 47 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (51 Khamis), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (23 Khamis).
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 690 (1,489,363)
- Kuala Lumpur – 612 (445,848)
- Sabah – 125 (397,517)
- Johor – 51 (394,808)
- Sarawak – 79 (316,936)
- Kedah – 69 (311,088)
- Pulau Pinang – 107 (299,063)
- Kelantan – 52 (254,619)
- Perak – 211 (230,652)
- Negeri Sembilan – 81 (223,915)
- Pahang – 46 (178,201)
- Melaka – 70 (136,439)
- Terengganu – 23 (130,059)
- Putrajaya – 31 (28,034)
- Labuan – 0 (22,300)
- Perlis – 9 (18,545)
Sementara itu, tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Dua daripada kematian itu dilaporkan di Negeri Sembilan, termasuk satu BID, dan satu kes lagi adalah di Selangor.
Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban adalah sebanyak 36,440 kes.
Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,751 kes adalah kematian BID.