
Jumlah pesakit di unit rawatan rapi dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga semalam, 8 September 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,226 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 8 September 2022), meningkat sedikit berbanding 2,428 yang direkodkan pada Rabu.
Dua kluster baharu kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan turut dikesan di Kuala Lumpur serta Selangor, semalam.
Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,799,663 kes, dengan 4,735,993 pesakit telah sembuh, termasuk 1,894 pesakit pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,596 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 409 kes (penerima dua dos); 209 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,400 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding 27,076 yang dicatat pada Rabu.
Jumlah itu termasuk, 26,045 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,650 pada Rabu); dan 14 ditempatkan di PKRC (18 pada Rabu).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun kepada 1,277 semalam, berbanding 1,341 pesakit pada Rabu, manakala 64 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (67 pada Rabu), dengan 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, kekal seperti pada Rabu.
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 448 (1,465,312);
- Kuala Lumpur – 549 (429,402);
- Johor – 75 (392,527);
- Sabah – 190 (391,360);
- Sarawak – 114 (313,667);
- Kedah – 76 (308,277);
- Pulau Pinang – 85 (295,548);
- Kelantan – 64 (252,477);
- Perak – 204 (224,148);
- Negeri Sembilan – 159 (220,163);
- Pahang – 57 (176,618);
- Melaka – 112 (133,842);
- Terengganu – 33 (129,049);
- Putrajaya – 42 (26,812);
- Labuan – 12 (22,187); dan
- Perlis – 7 (18,278).
KKM juga memaklumkan lapan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, masing-masing dua kes di Perak dan Terengganu (satu BID) serta satu kes di Sabah.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,270 kes, termasuk 7,709 kes BID.
KKM juga memaklumkan dua lagi kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam di Kuala Lumpur dan Selangor.
Kluster Jalan Bunga Tanjung dilaporkan di Titiwangsa, Kuala Lumpur membabitkan kumpulan berisiko tinggi seramai sembilan kes, manakala Kluster Jalan Dato Tabal dikesan di Hulu Selangor melibatkan pendidikan dengan tiga kes.
Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu hingga semalam, lebih 72.298 juta dos vaksin telah diverikan kepada peopulasi Malaysia, termasuk rakyat asing.
Daripada jumlah itu, 28,095,933 melibatkan dos pertama; 27,498,608 (dos kedua); 16,223,650 (penggalak pertama); dan 480,081 (penggalak kedua).