221 pesakit Covid kategori 3, 4 dan 5 dimasukkan ke hospital semalam

April 7, 2022 · Isu semasa

Seramai 221 atau 39.2 peratus daripada 564 pesakit yang dimasukkan ke hospital semalam (Rabu, 6 April 2022) adalah individu yang dijangkiti Covid-19 dalam kategori 3, 4 dan 5.

Manakala, 343 atau 60.8 peratus pesakit lagi adalah kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Selain itu beliau memaklumkan daripada 12,105 kes harian yang dilaporkan semalam, 6,623 kes melibatkan kategori 1; kategori 2 (5,387 kes); kategori 3 (40 kes); kategori 4 (17 kes); dan kategori 5 (38 kes).

Daripada 95 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam seramai 28 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; dan 30 kes telah menerima dua dos, tetapi belum menerima dos penggalak.

Manakala 37 kes lagi telah menerima dos penggalak, 51 kes berumur 60 tahun dan ke atas, dan 57 kes mempunyai komorbid.

Dr Noor Hisham berkata 43 jangkitan positif yang dilaporkan semalam adalah kes import yang melibatkan 41 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Sebanyak 12,062 kes lagi adalah jangkitan tempatan yang turut melibatkan 507 bukan warganegara,” katanya.

Beliau juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.86.

Berdasarkan perkongsian beliau, tiada negeri yang mencatat Rt melebihi 1.00.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok