22 peratus tak suka kepemimpinan Ismail Sabri, lapor kajian firma AS

May 24, 2022 · Isu semasa

Hampir 62 peratus respondan dalam kajian dijalankan International Republican Institute (IRI) berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memberi tanda ‘suka’ kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah itu termasuk 17 peratus yang memberi tanda ‘sangat suka’ dan 45 peratus ‘agak suka’, yang mewakili semua kaum di Malaysia.

Hanya 22 peratus didapati menzahirkan respons agak ‘tidak suka’, kata penganalisis sosial dan politik Datuk M Periasamy yang memetik kajian IRI terhadap rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sama ada yang tinggal di bandar maupun di luar bandar.

Hampir 53 peratus responden kaum Tionghoa menyatakan ‘suka’ dengan kerajaan kepimpinan Ismail Sabri termasuk 17 peratus ‘sangat suka’ dan 36 peratus ‘agak suka.’

IRI adalah sebuah badan kajian sosiopolitik bukan kerajaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan tidak bermotif politik serta neutral. Badan ini menjalankan kajian dan menyuarakan dapatan secara bebas, berterus terang serta tidak memihak kepada mana-mana.

Dalam kajian yang diterbitkan pada 17 Mei lalu, 64 peratus respondan juga berpendapat Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul, apabila ditanya tentang hala tuju negara. Ini mewakili penurunan sebanyak 19 mata peratusan daripada tinjauan pendapat sebelumnya pada Jun 2020.

“Walaupun sebahagian besar rakyat masih percaya Malaysia bergerak ke arah yang betul, keyakinan jelas terhakis,” kata Pengarah Serantau IRI untuk Asia-Pasifik, Johanna Kao.

“Sudah jelas ketidakstabilan dalam politik negara yang kita lihat sejak 2020 telah melemahkan semangat untuk masa depan.”

Dalam tulisannya Periasamy berpendapat dapatan kajian dalam kalangan kaum Tionghoa adalah satu keputusan yang begitu baik, malah tidak pernah diperoleh daripada mana-mana pemimpin kerajaan, kecuali Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap sebagai Mr Clean.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon PM pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau ‘poster boy’ setelah dibincangkan secara terperinci oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu dan juga dalam kalangan komponen Barisan Nasional (BN).

Dapatan itu sekali gus menunjukkan sokongan memberangsangkan, malah mengukuhkan keputusan MT terhadap Ismail Sabri, kata Periasamy dalam tulisannya disiarkan akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Menurutnya pindaan perlembagaan parti itu juga bertujuan memudahkan UMNO bersiap siaga menghadapi PRU-15, selain alasan kononnya untuk mengelak perpecahan dalam hierarki parti dari peringkat akar umbi sehinggalah peringkat pusat serta memantapkan jentera parti.

“Bukan sahaja pindaan perlembagaan UMNO itu mendapat reaksi bercampur baur dan mencetuskan polemik dalam kalangan segelintir pemimpin dan ahli yang berpengaruh, bahkan turut mengundang pelbagai komen daripada politikus tempatan.

“Antara yang tular dalam media sosial adalah kononnya pindaan tersebut bertujuan menyelamatkan beberapa pemimpin utama parti. Ada pula yang mendakwa pindaan tersebut diluluskan untuk mendiamkan suara-suara yang kedengaran di peringkat atas yang boleh mencetuskan perpecahan dalam parti,” katanya.

Susulan daripada pindaan perlembagaan UMNO:

  • Ada pihak yang menyuarakan kebimbangan sama ada Ismail Sabri akan dilantik sebagai PM seperti diumumkan selepas berlangsungnya PRU-15?; dan
  • Ada yang bimbang apakah kedudukan Ismail Sabri dalam parti akan terus terjamin selepas pemilihan UMNO diadakan supaya beliau terus menjawat jawatan PM?

Ini kerana, sudah menjadi amalan bagi presiden atau timbalan presiden parti atau gabungan parti-parti politik yang menguasai majoriti dalam Parlimen dilantik sebagai PM di negara ini.

Senario ini berubah apabila Ismail Sabri yang menjawat jawatan Naib Presiden dalam parti, dilantik sebagai PM. Pelantikan beliau dilihat melangkaui presiden dan timbalan presiden parti sebagai satu amalan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
11 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok