
Tarikh melihat anak bulan bagi penetapan 1 Ramadan 1444 akan dilakukan pada 22 Mac 2023.
Tarikh melihat anak bulan bagi permulaan 1 Ramadan 1444 di Malaysia akan akan dibuat pada 22 Mac (Rabu), umum Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, hari ini (15 Mac 2023).
Dalam satu kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berkata Majlis Raja-raja telah bersetuju bahawa tarikh permulaan puasa Ramadan adalah berdasarkan ‘rukyah’ (melihat anak bulan) dan ‘hisab’ (pengiraan), lapor Bernama.
Tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu melalui radio dan televisyen.
Kenyataan itu menyebut jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara.
Johor
- Pontian Kecil.
Negeri Sembilan
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.
Selangor
- Bukit Melawati, Kuala Selangor;
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; dan
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.
Perak,
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung.
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda;
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan
- Menara Alor Setar.
Terengganu
- Bukit Besar, Kuala Terengganu;
- Bukit Geliga, Kemaman;
- Pulau Perhentian, Besut; dan
- Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza), Mukim Merang, Setiu.
Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh;
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan
- Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Kota Bharu.
Sarawak
- Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan
- Tanjung Batu, Bintulu.
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.
Pahang
- Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berinchang di Cameron Highlands; dan
- Bukit Pelindong di Kuantan.
Perlis
- Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis.
Wilayah Persekutuan
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
- Menara Kuala Lumpur,; dan
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.