22 bahagian Bersatu buat laporan polis terhadap Anwar, Zahid

March 17, 2023 · Isu semasa

Dua puluh dua ketua bahagian Bersatu di Selangor membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa memfitnah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari yang mengetuai laporan polis itu berkata Anwar dan Zahid serta sekutunya cuba menjatuhkan kepimpinan PN dan Bersatu menjelang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, Anwar dan Zahid lebih mendahului kuasa pihak berkuasa apabila menuduh Muhyiddin menyeleweng wang kerajaan berjumlah RM600 bilion dan kini angka itu berubah kepada RM300 juta.

“Bagi melumpuhkan kekuatan politik gabungan PN menghadapi PRN, mereka (Anwar dan Zahid) melemparkan fitnah.

“Ini termasuk membekukan akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mendakwa serta mengheret kepimpinan parti ke mahkamah. Kita perlu berhati-hati sebelum membuat apa-apa kenyataan sebagai seorang perdana menteri,” katanya kepad amedia di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini (17 Mac 2023).

Katanya, ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri, beliau difitnah menyeleweng dana RM600 bilion.

“Angka itu kemudian diturunkan kepada RM530 bilion… kemudian turun lagi kepada RM92.5 bilion kepada RM4.5 bilion dan akhirnya RM300 juta.

“Apabila membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara besar melibatkan rasuah dan sebagainya, mestilah mendapatkan atau menyediakan fakta terperinci sebelum membuat apa-apa kenyataan,” katanya lapor FMT.

Beliau turut memaklumkan, laporan polis itu dibuat secara berasingan oleh ketua bahagian Bersatu di seluruh Selangor hari ini.

Berita berkaitan
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
19 jam lalu· Politik
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
9 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
9 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
10 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
12 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok