22 anggota kongsi gelap diberkas

April 23, 2021 · Isu semasa

Polis menumpaskan dua kumpulan kongsi gelap susulan penangkapan 22 lelaki di sekitar Puchong, Serdang, Kapar dan Klang, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, JSJ Bukit Aman melancarkan ‘Op Cantas Sinecura’ pada 21 April lalu untuk membanteras dua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai ‘Geng 18 Dato’ Suresh’ dan ‘Geng 21 Sunder’.

Katanya, kumpulan itu didapati terlibat dengan kegiatan kongsi gelap, merusuh, pemerasan dan mendatangkan kecederaan.

“Semua lelaki yang ditangkap terdiri daripada 12 ahli kumpulan ‘Geng 18 Dato’ Suresh’, termasuk ketuanya, dan 10 lagi adalah ketua dan anggota Geng 21 Sunder,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua suspek berumur 35 hingga 48 tahun mempunyai satu hingga sembilan rekod jenayah lampau, antaranya membabitkan gaduh, samun, dadah dan mendatangkan kecederaan.

Huzir berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Pertubuhan 1966; Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Jenayahm 1959 (POCA).

Katanya, operasi itu dijalankan berikutan tular video kejadian pada 25 November tahun lalu di mana sekumpulan lelaki Geng 18 Dato’ Suresh merusuh dan mencederakan mangsa di sebuah pusat hiburan di Brickfield, Kuala Lumpur.

“Seorang anggota polis yang secara kebetulan menjalankan tugas risikan di pusat hiburan berkenaan telah dikepung, ditengking dan dipukul oleh kumpulan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, dalam kejadian lain di Kapar, Selangor pada 21 Januari 2020, sekumpulan lelaki Geng 21 Sunder bersenjatakan parang, kayu dan besi menyerang seorang mangsa sehingga cedera.

Susulan itu, polis melancarkan operasi menangkap semua anggota kumpulan kongsi gelap terbabit.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
42 minit lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
55 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
1 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
1 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok