2,195 kes baharu, 8 kematian

Data Covid-19 bagi tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 2,195 jangkitan baharu dan lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 508 jangkitan.

Ini adalah hari keempat berturut-turut di mana jumlah kes baharu melebihi angka 2,000.

Kes di Kelantan juga dilihat semakin meningkat dengan 332 kes baharu. Setakat ini, tujuh daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Noor Hisham berkata, jumlah kes sembuh ialah 353,822, sementara jumlah kematian ialah 1,378 kes.

Katanya, seramai 219 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 90 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

POPULAR