217 kes baharu, dua kematian

March 2, 2023 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 1 Mac 2023) naik lagi kepada 217 kes, berbanding 206 yang direkodkan pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan baharu itu, termasuk 12 kes membabitkan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun, sama seperti pada Selasa.

Empat daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lapan lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,043,008 kes, dengan 4,996,818 pesakit telah pulih, termasuk 233 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 160 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 39 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 18 kes (individu tidak divaksinasi).

Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,230 kes Covid-19 masih aktif, turun semula berbanding 9,248 yang dicatat pada Selasa.

Sehingga semalam juga seramai 8,882 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (8,901 pada Selasa), sementara 341 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, meningkat berbanding 240 pada Selasa.

Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam kekal pada tujuh orang, dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kes kematian itu masing-masing dilaporkan di Melaka (BID) dan Pahang.

Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 36,960 kes, termasuk 7,874 kes BID.

Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.

  • Selangor – 86 (3,100,759);
  • Kuala Lumpur – 58 (469,777);
  • Sabah – 1 (406,920);
  • Johor – 12 (398,556);
  • Sarawak – 9 (324,610);
  • Kedah – 5 (318,763);
  • Pulau Pinang – 5 (307,677);
  • Kelantan – 8 (260,156);
  • Perak – 2 (239,203);
  • Negeri Sembilan – 4 (231,138);
  • Pahang – 2 (182,747);
  • Melaka – 15 (145,324);
  • Terengganu – 0 (133,036);
  • Putrajaya – 9 (32,599);
  • Labuan – 0 (22,967); dan
  • Perlis – 1 (19,012).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok