
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 5 Julai 2022.
Sebanyak 2,932 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 5 Julai), melonjak lebih 1,000 kes berbanding 1,918 kes pada Isnin.
Data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) juga menunjukkan, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 2,157 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Ia diikuti dengan 558 kes melibatkan penerima dua dos; 195 kes (individu tidak divaksinasi); dan 22 kes (individu belum lengkap divaksinasi).
KKM memaklumkan jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,578,741 kes, dengan 4,512,935 pesakit telah sembuh, termasuk 2,292 yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga, sebanyak 30,019 kes masih aktif, meningkat berbanding 29,382 kes pada Isnin, dengan 28,709 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (28,140 pada Isnin); dan 30 ditempatkan di PKRC (26 pada Isnin).
Seramai 1,238 pesakit dirawat di hospital (1,172 pada Isnin), sementara 42 lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi (44 pada Isnin), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 959 (1,393,455);
- Johor – 57 (386,369);
- Sabah – 143 (375,631);
- Kuala Lumpur – 947 (375,381);
- Sarawak – 54 (308,115);
- Kedah – 67 (301,937);
- Pulau Pinang – 107 (285,912);
- Kelantan – 30 (248,457);
- Negeri Sembilan – 176 (208,410);
- Perak – 194 (207,979);
- Pahang – 51 (172,646);
- Terengganu – 18 (126,733);
- Melaka – 42 (126,394);
- Putrajaya – 61 (22,158);
- Labuan – 16 (21,534); dan
- Perlis – 10 (17,630).
Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,787 kes.
Dua daripada kematian itu dilaporkan di Selangor dan satu kes di Pahang.