
Jadual kes Covid-19 hari ini.
Negara hari ini mencatatkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 mencecah 2,148 kes dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Kementerian Kesihatan.
Angka itu dikatakan yang tertinggi sejak lebih sebulan lalu iaitu pada 5 Mac apabila mencatatkan 2,145 kes.
Sarawak mencatat kes baharu tertinggi dengan 512, diikuti Selangor (459), Kelantan (221), dan Sabah (202).