2,136 kes semalam, 6 kematian

October 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 26 Oktober 2022) meningkat semula melepasi angka 2,000, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,136 kes baharu direkodkan berbanding 1,743 kes yang dicatat pada Selasa, dengan 2,133 adalah kes tempatan, manakala tiga lagi kes import.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,887,675 kes, dengan 4,823,984 pesakit telah sembuh, termasuk 1,695 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,633 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 344 kes (penerima dua dos); 149 kes (individu tidak divaksinasi); dan 10 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 27,233 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 26,797 kes yang dilaporkan sehingga Selasa.

Daripada jumlah itu, 26,060 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,620 pesakit pada Selasa); 1,125 dirawat di hospital, turun berbanding 1,133 pada Selasa.

Seramai 48 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (54 pada Selasa), dengan 27 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (23 Selasa).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 673 (1,493,355)
  • Kuala Lumpur – 591 (448,204)
  • Sabah – 115 (398,068)
  • Johor – 52 (395,029)
  • Sarawak – 63 (317,168)
  • Kedah – 93 (311,366)
  • Pulau Pinang – 56 (299,544)
  • Kelantan – 70 (254,836)
  • Perak – 159 (231,309)
  • Negeri Sembilan – 82 (224,533)
  • Pahang – 42 (178,356)
  • Melaka – 62 (136,691)
  • Terengganu – 29 (130,152)
  • Putrajaya – 40 (28,174)
  • Labuan – 4 (22,313)
  • Perlis – 5 (18,577)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu masing-masing direkodkan di Negeri Sembilan (2 BID), serta Selangor, manakala selebihnya di Johor (BID), dan Pahang.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,458 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,758 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok