2,116 kes baharu, enam kematian

September 22, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 21 September 2022) meningkat semula setelah lima hari berturut-turut mencatat di bawah 2,000 kes.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,116 kes baharu direkodkan, berbanding 1,667 kes pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,823,975 kes, dengan 4,762,318 pesakit telah sembuh, termasuk 1,493 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,482 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 423 kes (penerima dua dos); 199 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 25,327 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 24,715 yang dicatat pada Selasa.

Jumlah itu termasuk, 24,169 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (23,577 pada Selasa).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga meningkat kepada 1,101, berbanding 1,079 pesakit pada Selasa, manakala seramai 57 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (59 pada Selasa), dengan 37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, sama seperti pada Selasa.

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 608 (1,472,034);
  • Kuala Lumpur – 474 (434,218);
  • Johor – 40 (393,390);
  • Sabah – 152 (393,493);
  • Sarawak – 102 (314,848);
  • Kedah – 77 (309,251);
  • Pulau Pinang – 71 (296,581);
  • Kelantan – 73 (253,290);
  • Perak – 216 (226,339);
  • Negeri Sembilan – 92 (221,285);
  • Pahang – 56 (177,217);
  • Melaka – 73 (134,736);
  • Terengganu – 35 (129,436);
  • Putrajaya – 29 (27,214);
  • Labuan – 3 (22,237); dan
  • Perlis – 10 (18,406).

KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Empat daripada kes kematian itu direkodkan di Perak, termasuk satu BID, manakala dua lagi di Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,330 kes, termasuk 7,722 kes BID.

Sementara itu, lebih 72.33 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan pada 24 Februari tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 28,099,628 membabitkan dos pertama; 27,504,819 (dos kedua); 16,231,171 (penggalak pertama); dan 494,728 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Kesihatan Presiden PAS semakin pulih, terima kasih kerana mendoakan
July 2, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
3 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok