211 kes, sifar kematian semalam

February 6, 2023 · Isu semasa

Sebanyak 211 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 5 Februari 2023), meningkat sedikit berbanding 202 kes yang dilaporkan pada Sabtu.

Kes baharu itu, termasuk 18 jangkitan yang melibatkan kanak-kanak iaitu 16 kes berusia 0 hingga empat tahun, dan dua kes (lima hingga 12 tahun), menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,037,995 kes, dengan 4,990,977 pesakit telah pulih, termasuk 272 yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 131 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 46 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 34 kes (individu tidak divaksinasi).

Menurut data laman sesawang KKMNow yang dikemas kini tengah malam tadi, sebanyak 10,075 kes masih aktif, turun berbanding 10,014 yang dilaporkan pada Sabtu.

Sehingga semalam juga seramai 9,663 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah, sementara 402 pesakit mendapatkan rawatan di hospital.

Sepuluh pesakit pula dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga melaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, tiada kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan.

Kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal pada 36,943 kes, termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.

  • Selangor – 94 (1,548,853);
  • Kuala Lumpur – 42 (468,459);
  • Sabah – 2 (406,824);
  • Johor – 10 (398,300);
  • Sarawak – 6 (324,400);
  • Kedah – 4 (318,597);
  • Pulau Pinang – 2 (307,533);
  • Kelantan – 7 (260,062);
  • Perak – 9 (238,996);
  • Negeri Sembilan – 8 (230,978);
  • Pahang – 3 (182,642);
  • Melaka – 7 (144,983);
  • Terengganu – 13 (132,963);
  • W.P. Putrajaya – 4 (32,454);
  • W.P. Labuan – 0 (22,955); dan
  • Perlis – 0 (18,996).

Berita berkaitan
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman dibicara pada 29 Jan 2024
March 6, 2023· Politik
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
March 23, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
3 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
3 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok