21 sungai di tujuh negeri lebih paras waspada, amaran dan bahaya

October 30, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 21 sungai utama di tujuh negeri merekodkan bacaan melebihi paras waspada, amaran dan bahaya, menurut rekod Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikemas kini sehingga jam 9 malam ini (30 Oktober 2022).

Dua daripada sungai terletak di Kedah berada pada paras melebihi bahaya dan dua di tahap amaran, setelah air melebihi paras normal, susulan hujan lebat, dan mengancam penduduk yang tinggil di pinggirnya.

Dua sungai melebihi tahap bahaya ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di Kota Setar yang mencatat bacaan 17:00 meter (m), berbanding 1.76m paras normal, dan Sungai Chepir di Kampung Ulu Jerai Namek, Sik (44.14m/41.00m).

Dua lagi sungai yang mencatat paras amaran ialah Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar (2.35m/1.50m); dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar (1.94m/1.30m).

Berikut adalah bacaan paras air bagi sungai di negeri-negeri lain:

Johor (enam sungai – 1 Amaran, 5 waspada)

  • (Amaran) Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.89m/18.00m);
  • (Waspada) Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.17m/ 2.00m);
  • (Waspada) Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (2.84m/2.20m);
  • (Waspada) Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.63m/14.50m);
  • (Waspada) Sungai Batu Pahat di Empangan Sembrong, Batu Pahat (10.10m/8.50m); dan
  • (Waspada) Sungai Skudai di Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru (0.20m/-0.30m).

Sarawak (empat sungai – waspada).

  • Sungai Batang Rajang di Punan Bah B, Kapit (9.30m/5.37m);
  • Sungai Batang Kemena di Bintulu Kastam Wharf, Bintulu (1.30m/0.50m);
  • Sungai Batang Baram di Long Teru, Miri (6.90m/3.00m); dan
  • Sungai Batang Baram di Marudi, Miri (2.92m/0.00m).

Pahang (tiga sungai – 2 amaran, 1 waspada)

  • (Amaran) Sungai Pahang di Hulu Sungai Merah, Cameron Highlands (1183.05m/1180.62m);
  • (Amaran) SungaiTriang di Triang, Bera (33.95m/31.00m); dan
  • (Waspada) Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan (3.04m/1.50m).

Melaka (dua sungai – 1 amaran, 1 waspada)

  • (Amaran) Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (1.79m/1.30m); dan
  • (Waspada) Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.13m/2.20m).

Pulau Pinang (satu sungai – waspada)

  • Sungai Junjung di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan (3.12m/0.40m).

Negeri Sembilan (satu sungai – waspada)

  • Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol (31.88m/28.00m).

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
March 20, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
ADUN PH sokong tuntut bayaran air daripada kerajaan DAP P.Pinang
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
2 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
2 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
13 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok