21 kluster baharu dikesan hari ini

Jumlah kluster baharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak, seiring peningkatan kadar jangkitan harian kepada 7,234 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 21 kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya sebanyak 6,478 kluster sejak awal 2020 lalu.

Daripada jumlah kluster itu, 6,132 telah ditamatkan manakala 346 lagi masih aktif. Maklumat lengkap berkaitan kluster terbabit akan dikemas kini dalam laman sesawang Covidnow selepas tengah malam ini.

Sementara itu beliau memaklumkan daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan hari ini, 73 kes atau 1.0 peratus adalah pesakit dalam kategori 3, 4, dan 5.

Manakala 7,161 kes atau 99.0 peratus lagi adalah terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2, katanya.

Daripada statistik yang dikongsi beliau, 5,254 pesakit telah sembuh hari ini menjadikan kumulatif pulih mencecah 2,799,608 kes atau 96.7 peratus daripada 2,895,014 kumulatif kes positif.

Menurutnya sebanyak 234 kes import positif Covid-19 yang melibatkan 92 warganegara dan 142 rakyat asing turut dikesan hari ini, manakala 7,000 kes lagi adalah penularan tempatan yang turut membabitkan 246 bukan warganegara.

Sehingga hari in, seramai 118 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi, dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

BERITA BERKAIT
POPULAR