21 kematian semalam, tiada kes BID

Seramai 21 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 9 April 2022), berbanding 31 kes pada Jumaat.

Berdasarkan data terbaharu hari ini, tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID), dilaporkan semalam.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,280 kes, termasuk 7,449 kes BID, menurut laman sesawang CovidNOW, yang dikemas kini pagi ini.

Data CovidNOW juga menunjukkan Johor mencatat empat kematian semalam.

Sehingga semalam negeri itu mencatat kumulatif kematian sebanyak 4,472 kes, 377,466 kumulatif positif, dengan 366,890 pesakit telah sembuh, dan 6,104 kes masih aktif, termasuk 5,774 individu menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di PKRC; 315 dimasukkan ke hospital; dan 15 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor, Kedah serta Pahang masing-masing merekodkan tiga kes kematian, diikuti masing-masing dua di Perak serta Sarawak, dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, serta Perlis.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dicatat di Putrajaya, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Labuan serta Sabah, semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR