21 kematian semalam, kes aktif Covid-19 cecah lebih 200,000

February 17, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 21 lagi kematian akibat komplikasi Covid-19, termasuk sembilan pesakit meninggal dunia sebelum sempat dirawat di hospital atau kes ’brought in death’ (BID), dilaporkan di enam negeri semalam.

Untuk empat hari berturut-turut, Sabah mencatat jumlah kematian harian tertinggi apabila semalam merekodkan sembilan kes, menjadikan keseluruhannya 2,869 kes kematian.

Sejak awal 2020 lalu hingga semalam, Sabah mencatat 287,751 kumulatif positif, dengan 247,808 pesakit telah sembuh, dan 38 kluster serta 37,074 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 34,578 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,137 ditempatkan di PKRC; 1,318 dimasukkan ke hospital; dan 41 dirawat di unit rawatan rapi dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 2,400,196 atau 62.6 peratus populasi di Sabah telah lengkap divaksinasi, dan 2,472,014 atau 64.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 578,704 atau 21.3 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain, Johor dan Perak masing-masing merekodkan empat kematian, diikuti dua di Kedah, dan masing-masing satu di Kelantan serta Negeri Sembilan.

Sejak Covid-19 mula dikesan di Malaysia pada Februari 2020 lalu hingga semalam, lima negeri kekal merekodkan jumlah kumulatif kematian melebihi 2,000 kes, dengan Selangor mencatat 10,078 kes.

Ini diikuti Johor sebanyak 3,955 kes, Sabah (2,869); Kuala Lumpur (2,704); dan Kedah (2,204 kes).

Sementara itu, lima negeri yang mencatat jumlah kes aktif tertinggi ialah Selangor sebanyak 47,043 kes; Sabah (37,074); Johor (26,683); Kedah (18,532); dan Kelantan (12,922 kes).

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan 3,111,514 – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia dan Filipina – dengan 2,876,450 pesakit telah sembuh, dan 202,884 kes masih aktif, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 190,268 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,505 ditempatkan di PKRC; 6,907 dimasukkan ke hospital; dan 204 pesakit dirawat di ICU, dengan 116 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
42 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok