21 kematian akibat Covid di Perak

March 17, 2022 · Isu semasa

Seramai 105 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam (Rabu, 16 Mac 2022), meningkat berbanding 95 kes pada Selasa, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laporan hari ini.

Menurut laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini, 29 daripada kes itu melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan sebelum dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID).

Bagaimanapun tiada maklumat diberikan oleh KKM sama ada 29 kes BID itu turut melibatkan 289,043 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah kerana positif Covid-19, tetapi mempunyai gejala ringan atau tiada gejala (asimptomatik) dan tidak memerlukan rawatan yang intensif.

Sejak awal 2020 hingga semalam, kumulatif kematian akibat Covid-19 kini meningkat kepada 34,099 kes, termasuk 7,128 kes BID.

Data CovidNOW juga menunjukkan semua negeri, kecuali Labuan, merekodkan kes kematian akibat Covid-19.

Perak merekadkan jumlah kematian tertinggi berbanding negeri-negeri lain sebanyak 21 kes, menjadikan kumulatif meningkat kepada 1,670 kes.

Sehingga semalam, Perak mencatat 172,828 kumulatif positif, dengan 158,900 pesakit telah sembuh, dan 12,258 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 11,372 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 73 ditempatkan di PKRC; 788 dimasukkan ke hospital; dan 25 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kedah pula merekodkan 17 kematian akibat Covid-19 semalam, diikuti 13 kes di Johor, Selangor (12 kes), dan masing-masing tujuh kes di Pahang serta Kuala Lumpur.

Melaka dan Sabah pula masing-masing mencatat lima kes kematian, diikuti Pulau Pinang (empat); masing-masing tiga di Negeri Sembilan, Sarawak serta Terengganu; masing-masing dua kes di Kelantan serta Perlis; dan satu kes di Putrajaya.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 16 Mac 2022.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
32 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
24 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok