21 kategori pendidikan antara 28 kluster baharu Covid-19 semalam

Dua puluh satu daripada 28 kluster baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam semalam melibatkan institusi pendidikan, manakala empat berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster pusat tahanan, kumpulan berisiko tinggi serta import.

Tujuh daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Kuala Lumpur; masing-masing tiga di Johor dan Selangor; masing-masing dua di Melaka, Sabah serta Kelantan dan masig-masing satu di Putrajaya serta Pahang.

Kluster pendidikan di Kuala Lumpur ialah:

  • Kluster Dataran Dwitasik, Cheras – 7 kes;
  • Kluster Jalan Bukit Kiara, Kepong – 15 kes;
  • Kluster Dua Lingkaran Wawasan, Lembah Pantai – 9 kes;
  • Kluster Jalan Asrama Titiwangsa, Titiwangsa – 7 kes;
  • Kluster Jalan Bangsar Utama, Lembah Pantai – 8 kes;
  • Kluster Jalan Perkasa 2, Titiwangsa – 8 kes; dan
  • Kluster Jalan Raja Mahmud, Titiwangsa – 22 kes.

Di Johor melibatkan:

  • Kluster Jalan Taruka Halimah, Johor bahru – 88 kes;
  • Kluster Jalan Payamas Tangkak – 17 kes; dan
  • Kluster Jalan Datin Halimah Larkin, Johor Bahru – 37 kes.

Di Selangor membabitkan:

  • Kluster Jalan Sp 2, Gombak – 19 kes;
  • Kluster Lingkaran Cyber Point Barat 2, melibatkan Sepang, Petaling, Kuala Langat – 13 kes; dan
  • Kluster Jalan Besar Bukit Bangkong, Sepang – 30 kes.

Kluster pendidikan di Melaka ialah:

  • Kluster Batu 28 Kuala Sungai Baru, Alor Gajah – 39 kes; dan
  • Kluster Jalan Puteri Hang Li Poh, Melaka Tengah – 26.

Di Sabah melibatkan:

  • Kluster Jalan Bandau, Kota Marudu – 96 kes; dan
  • Kluster Jalan Sokid, ranau – 28 kes.

Di Kelantan membabitkan:

  • Kluster Jalan Bendahara 2/36, Kota Bharu – 8 kes; dan
  • Kluster Jalan Hutan Chengal, Pasir Mas – 24 kes.

Satu kluster pendidikan dikesan di Putrajaya melibatkan Kluster Jalan Putra Empat B dengan lima kes; dan Kluster Km 1 Jalan Sabak, Rompin, Pahang (40 kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR