2,077 penerima vaksin dos penggalak disahkan positif Covid-19 semalam

May 14, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 2,077 kes daripada 3,029 individu yang positif SARS-CoV-2 di seluruh negara semalam (Jumaat, 13 Mei 2022) adalah mereka yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Mengikut laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM), 636 kes lagi melibatkan individu yang melengkapkan dua dos primer; 250 (individu yang tidak divaksinasi); dan 66 (individu yang belum melengkapkan vaksinasi).

Berita berkaitan: Kes Covid-19 hari ini 13 Mei turun sedikitĀ 

Sementara itu, seramai 1,116 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh semalam, menjadikan kumulatif kes pulih meningkat kepada 4,409,159 pesakit, manakala 28,734 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 27,358 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 23 ditempatkan di PKRC; 1,311 dimasukkan ke hospital; dan 42 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sepanjang minggu ini hingga semalam 16,316 kes dilaporkan dengan individu berusia 18 hingga 29 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes positif iaitu sebanyak 4,176 kes diikuti 3,763 kes (30 hingga 39 tahun); dan 2,763 kes (40-49 tahun).

Menurut laman sesawang CovidNOW KKM pula, seramai lima pesakit meninggal dunia semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID), menjadikan kumulatif sejak 2020 sebanyak 35,607 kes.

Selangor merekodkan dua kematian, diikuti masing-masing satu di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Dua kematian di Selangor itu melibatkan masing-masing seorang pesakit yang tidak menerima vaksin Covid-19 manakala seorang lagi melengkapkan dua dos primer.

Pesakit yang meninggal dunia di Pulau Pinang dan Sabah pula tidak menerima suntikan vaksin Covid-19 manakala seorang mangsa di Perlis menerima dua dos.

Sementara itu, 59 daripada 7,011 kluster Covid-19 masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan. Tiada kluster baharu direkodkan semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 13 Mei 2022.

Berita berkaitan
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok