2,070 kes baharu, 3 kematian

September 24, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 23 September 2022) turun semula kepada 2,070 kes, berbanding 2,245 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,828,290 kes, dengan 4,766,228 pesakit telah sembuh, termasuk 2,009 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,496 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 386 kes (penerima dua dos); 176 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 25,717 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 25,659 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu termasuk, 24,528 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, juga meningkat berbanding 24,440 pesakit pada Khamis, manakala seorang pesakit masih kekal dirawat di PKRC.

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga turun kepada 1,134, berbanding 1,163 pesakit pada Khamis, manakala seramai 54 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (55 pada Khamis), dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (35 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 592 (1,473,207);
  • Kuala Lumpur – 392 (435,133);
  • Johor – 46 (393,476);
  • Sabah – 171 (393,842);
  • Sarawak – 102 (315,086);
  • Kedah – 55 (309,382);
  • Pulau Pinang – 108 (296,792);
  • Kelantan – 52 (253,412);
  • Perak – 226 (226,747);
  • Negeri Sembilan – 117 (221,539);
  • Pahang – 47 (177,314);
  • Melaka – 101 (134,928);
  • Terengganu – 18 (129,488);
  • Putrajaya – 32 (27,273);
  • Labuan – 5 (22,250); dan
  • Perlis – 6 (18,421).

Sementara itu, tiga pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Dua daripada kes kematian semalam dilaporkan di Johor, termasuk satu BID, dan satu lagi di Perak.

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,345 kes, termasuk 7,730 kes BID.

KKM juga melaporkan satu kluster baharu Covid-19 direkodkan semalam di Kuala Lumpur.

Kluster Jalan Ampang daripada kategori kumpulan berisiko tinggi melibatkan Lembah Pantai dan Titiwangsa, dengan sembilan kes dikesan.

Jumlah itu menjadikan sehingga semalam sebanyak 14 kluster masih aktif. Sejak 2020 lalu sebanyak 7,079 kluster telah dikesan dengan selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok