2,067 kes semalam, 69 di ICU

September 7, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 6 September 2022) meningkat sedikit kepada 2,067, berbanding 1,486 kes yang dicatat pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,795,009 kes, dengan 4,731,426 pesakit telah sembuh, termasuk 2,279 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,448 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 423 kes (penerima dua dos); 188 (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,328 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 27,546 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu termasuk, 25,953 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (26,154 pada Isnin); dan 19 ditempatkan di PKRC (16 pada Isnin).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital juga turun kepada 1,277 semalam, berbanding 1,297 pesakit pada Isnin, manakala 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (79 pada Isnin), dengan 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (43 pada Isnin).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 589 (1,463,986);
  • Kuala Lumpur – 454 (428,424);
  • Johor – 69 (392,380);
  • Sabah – 160 (391,001);
  • Sarawak – 132 (313,422);
  • Kedah – 80 (308,100);
  • Pulau Pinang – 62 (295,367);
  • Kelantan – 67 (252,356);
  • Perak – 145 (223,749);
  • Negeri Sembilan – 90 (219,902);
  • Pahang – 62 (176,503);
  • Melaka – 74 (133,650);
  • Terengganu – 27 (128,980);
  • Putrajaya – 49 (26,728);
  • Labuan – 4 (22,172); dan
  • Perlis – 3 (18,260).

KKM juga memaklumkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Johor, Kedah, Kuala Lumpur (BID), dan Pulau Pinang.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,255 kes, termasuk 7,706 kes BID.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.289 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,094,819 melibatkan dos pertama; 27,497,429 (doa kedua); 16,221,825 (penggalak pertama); dan 475,669 (penggalak kedua).

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
18 jam lalu· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
19 jam lalu· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
19 jam lalu· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok