2,063 kes baharu, lima kematian

May 21, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 20 Mei) turun kepada 2,063 kes, berbanding 2,124 yang dicatat pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 4,487,482 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Daripada jumlah itu, 4,422,615 pesakit telah sembuh, dan 29,229 kes masih aktif, termasuk 28,050 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 19 pesakit kini masih ditempatkan di PKRC, manakala 1,124 lagi dirawat di hospital dan 36 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada 2,063 jangkitan positif semalam, 1,366 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 454 kes (penerima dua dos); 206 kes (individu tidak divaksinasi); dan 37 kes (belum lengkap vaksinasi).

Sebelas daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan harian semalam, namun nisbah kenaikan berbanding semalam adalah kecil.

Berikut adalah jumlah kes baharu semalam dan kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 786 (1,357,290);
  • Johor – 68 (383,715);
  • Sabah – 63 (371,525);
  • Kuala Lumpur – 405 (354,307);
  • Sarawak – 50 (306,194);
  • Kedah – 86 (299,818);
  • Pulau Pinang – 119 (280,123);
  • Kelantan – 14 (247,741);
  • Negeri Sembilan – 120 (203,852);
  • Perak – 112 (202,737);
  • Pahang – 30 (171,498);
  • Terengganu – 12 (126,114);
  • Melaka – 116 (123,562);
  • Labuan – 6 (21,400);
  • Putrajaya – 65 (20,213); dan
  • Perlis – 11 (17,393).

Sementara itu, KKM memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 sebanyak 35,638 kes.

Johor merekodkan dua kes kematian semalam, manakala masing-masing satu di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok