20,621,994 individu lengkap vaksinasi

Sebanyak 87.6 peratus atau 20,513,168 individu dewasa berusia 18 tahun ke atas lengkap divaksin sehingga semalam 3 Oktober 2021, manakala 94.3 peratus atau 22,081,548 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu hingga semalam, 42,491,419 dos diberikan kepada golongan itu.

Semalam sahaja seramai 104,994 individu dewasa menerima suntikan dengan 94,673 melengkapkan vaksinasi, dan 10,321 lagi menerima dos pertama.

Sebanyak 5.7 peratus lagi individu dewasa belum divaksin.

Mengenai PICK Remaja pula, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sehingga semalam 3.5 peratus atau 108,826 remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi, dan 55.7 peratus atau 1,751,834 lagi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya 1,860,660 dos diberikan menerusi PICK Remaja, dengan 44.3 peratus lagi belum divaksinasi.

Semalam sahaja sebanyak 101,580 remaja menerima suntikan vaksin dengan 14,877 melengkapkan dos kedua, dan 85,703 lagi menerima dos pertama.

Secara keseluruhannya sebanyak 44,352,079 individu bagi semua golongan telah divaksin. Daripada jumlah itu, 63.1 peratus atau 20,621,994 lengkap divaksin, dan 23,833,382 menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Semalam sahaja sebanyak 206,574 individu diberi suntikan vaksin Covid-19, membabitkan 110,550 penerima lengkap divaksinasi, dan 96,024 lagi menerima dos pertama.

BERITA BERKAIT
POPULAR