
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula secara rasmi pada 24 Februari 2021 dengan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos pertama, bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan empat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya. - Gambar KKM
Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 28 Februari 2023) naik semula kepada 206 kes, berbanding 190 yang dicatat pada Isnin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Lima daripada jangkitan semalam melibatkan kes import.
Data laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan baharu itu, termasuk 12 kes membabitkan kanak-kanak berusia antara 0 hingga 12 tahun, naik berbanding sembilan kes pada Isnin.
Sepuluh daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan dua lagi (kanak-kanak lima hingga 12 tahun).
Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,042,791 kes, dengan 4,996,585 pesakit telah pulih, termasuk 176 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 140 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 36 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 30 kes (individu tidak divaksinasi).
Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sehingga semalam sebanyak 9,248 kes Covid-19 masih aktif, meningkat berbanding 9,219 yang dicatat pada Isnin.
Sehingga semalam juga seramai 8,901 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (8,888 pada Isnin), sementara 240 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, meningkat berbanding 325 pada Isnin.
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam bagaimanapun naik satu kes kepada tujuh orang berbanding enam pada Isnin, dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, sama seperti Isnin.
KKM juga melaporkan seorang pesakit di Selangor meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, setelah tujuh hari mencatat sifar kematian.
Ini menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, sebanyak 36,958 kes, termasuk 7,873 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.
- Selangor – 57 (3,100,673);
- Kuala Lumpur – 56 (469,719);
- Sabah – 4 (406,919);
- Johor – 16 (398,544);
- Sarawak – 11 (324,601);
- Kedah – 7 (318,758);
- Pulau Pinang – 2 (307,672);
- Kelantan – 3 (260,148);
- Perak – 6 (239,201);
- Negeri Sembilan – 2 (231,134);
- Pahang – 4 (182,745);
- Melaka – 18 (145,309);
- Terengganu – 12 (133,036);
- Putrajaya – 4 (32,590);
- Labuan – 4 (22,967); dan
- Perlis – 0 (19,011).