202,646 pesakit Covid-19 kuarantin kendiri di rumah: Menteri Kesihatan

September 10, 2021 · Isu semasa

Sehingga semalam sebanyak 83.5 peratus atau 202,646 individu daripada 242,805 kes aktif Covid-19 sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang disirakan dalam laman web baharunya berkaitan Covid-19, COVIDNOW, hari ini.

Laman web baharu itu yang dilancarkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam, akan memaparkan maklumat lengkap berkaitan Covid-19 sehari sebelum disiarkan. Langkah itu dibuat bagi menyelaras ketepatan maklumat terutama berkaitan kes baharu dan kematian berkaitan Covid-19.

Khairy berkata daripada jumlah kes aktif itu juga 25,413 atau 10.5 peratus pesakit dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 13,435 pesakit (5.5%) di hospital; 1,311 di unit rawatan rapi (0.5%); dan 734 (0.3%) memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurutnya, data yang dikemas kini menunjukkan semalam sahaja 19,301 jangkitan baharu tempatan dilaporkan, manakala enam lagi adalah kes import menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,915,166 (kes tempatan), dan 4,608 (kes import).

Dalam tempoh 24 jam semalam 24,855 pesakit disahkan sembuh, menjadikan kumulatif 1,657,483 kes – tertinggi pernah direkodkan setakat ini.

“Semalam juga seramai 323 pesakit Covid-19 meninggal dunia menjadikan kumulatif 19,486 kematian. Daripada jumlah itu 55 kes membabitkan kematian sebelum dibawa ke hospital (BID). Jumlah BID sekarang ialah 3,417 kes,” katanya.

Daripada data yang dikeluarkan itu tiga negeri mencatatkan peningkatan kes kematian di mana Selangor merekodkan 76 kes berbanding 67 kes pada Rabu; Pulau Pinang (47 kematian semalam, 5 kes pada Rabu); dan Melaka, daripada 8 kes kematian pada Rabu, kepada 17 kes (Khamis).

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.97.

Bagaimanapun, Sarawak merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi iaitu Rt 1.15.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
4 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
19 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok