2,023 kes baharu, sifar kematian

October 16, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 15 Oktober 2022), termasuk 13 kes import, turun sedikit kepada 2,023 kes, berbanding 2,231 yang dicatat pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,865,480 kes, dengan 4,803,485 pesakit telah sembuh, termasuk 1,699 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,477 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 370 kes (penerima dua dos); 168 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 23,881 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 23,557 kes yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 22,882 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,547 pesakit pada Jumaat); 965 dirawat di hospital (976 Jumaat); dan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (kekal seperti Jumaat), dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (21 Jumaat).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 666 (1,485,210);
  • Kuala Lumpur – 469 (443,041);
  • Sabah – 147 (396,779);
  • Johor – 43 (394,494);
  • Sarawak – 91 (316,544);
  • Kedah – 46 (310,680);
  • Pulau Pinang – 96 (298,585);
  • Kelantan – 25 (254,331);
  • Perak – 146 (229,811);
  • Negeri Sembilan – 134 (223,343);
  • Pahang – 50 (177,996);
  • Melaka – 56 (136,125);
  • Terengganu – 16 (129,905);
  • Putrajaya – 30 (27,828);
  • Labuan – 5 (22,295); dan
  • Perlis – 4 (18,513).

KKM juga memaklumkan bahawa dalam tempoh 24 jam semalam, tiada pesakit Covid-19 meninggal dunia. Kali terakhir Malaysia mencatat sifar kematian ialah pada 20 Jun lalu.

Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban kekal kepada 36,415 kes.

Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,742 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) atau brought in death.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok