2,022 kes baharu, empat kematian

November 28, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 27 November 2022) turun lagi kepada 2,022 kes, berbanding 2,898 kes yang dicatat pada Sabtu, menurut rekod Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,986,294 kes, dengan 4,922,435 pesakit telah sembuh, termasuk 1,819 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,341 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 470 kes (penerima dua dos); 204 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,207 kes masih aktif, naik sedikit berbanding 27,008 yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 25,117 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (24,924 pesakit pada Sabtu); dan 1,989 dirawat di hospital, naik semula berbanding 1,973 pada Sabtu.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 101 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (97 pada Sabtu), dengan 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (57 pada Sabtu).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 768 (1,530,697)
  • Kuala Lumpur – 159 (462,702)
  • Sabah – 154 (404,460)
  • Johor – 37 (396,869)
  • Sarawak – 87 (320,398)
  • Kedah – 148 (315,452)
  • Pulau Pinang – 134 (304,524)
  • Kelantan – 81 (258,302)
  • Perak – 75 (236,737)
  • Negeri Sembilan – 59 (229,031)
  • Pahang – 65 (181,115)
  • Melaka – 128 (141,594)
  • Terengganu – 55 (131,880)
  • Putrajaya – 54 (31,087)
  • Labuan – 10 (22,668)
  • Perlis – 8 (18,778).

Sementara itu, empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Semua kematian itu direkodkan di Perak, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,652 kes, termasuk 7,798 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok