[KEMAS KINI] 20,201 pesakit Covid-19 sembuh hari ini

September 6, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 272 pesakit Covid-19, termasuk 45 rakyat asing, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hati tadi, turun berbanding 336 kematian yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu kepada 18,491 kes.

Katanya sebanyak 81 kes kematian sebelum dibawa ke hospital (BID) yang membabitkan 56 warganegara dan 25 rakyat asing turut dilaporkan dalam tempoh itu.

Beliau berkata pada masa sama sebanyak 20,201 pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif 1,591,028 kes sembuh berbanding 1,862,187 kes positif

Katanya seramai 975 pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 435 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 380 kes lagi yang dirawat di ICU dan 310 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah pesakit yang disyaki dijangkiti Covid-19 dan dalam siasatan.

Katanya, sehingga kini 252,668 kes lagi masih aktif.

Data 6 September 2021.

Terdahulu beliau memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah 18,000 kes sejak kali terakhir merekodkan angka terendah sebanyak 18,762 kes pada 1 September lalu.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh 24 jam itu, 17,352 jangkitan baharu, termasuk membabitkan 2,225 bukan warganegara Malaysia dikesan menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,862,187 kes positif.

Katanya daripada kes yang dilaporkan hari ini 268 atau adalah dalam kategori 3, 4 dan 5, manakala 17,084 dalam kategori 1 dan 2.

Daripada 268 kes kategori 3 – 5, sebanyak 191 kes atau 71.3 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

“Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin Covid-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti Covid-19.

“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, turut mengesan 30 kluster lagi menjadikan keseluruhannya 4,921 kluster dengan 3,468 telah ditamatkan dan 1,453 masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata 16 daripada kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (tujuh), kumpulan berisiko tinggi (empat), dua kluster institusi pendidikan swasta di Johor dan Selangor, serta satu kluster pusat tahanan di Sabah membabitkan 63 individu.

Tujuh daripada kluster tempat kerja itu dikesan di Johor; Sarawak (tiga); Selangor (dua); dan masing-masing satu di Terengganu, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang.

Sementara empat daripada tujuh kluster baharu komuniti pula direkodkan di Kelantan; Sarawak (dua); dan Terengganu (satu). Perak pula merekodkan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu di Sarawak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok