202 kes semalam, dua kematian

January 31, 2023 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 30 Januari 2023) turun lagi kepada 202 kes berbanding 269 pada Ahad, dengan empat daripadanya adalah kes import, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa 23 kes semalam turut melibatkan kanak-kanak, dengan lapan daripada kes itu membabitkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 15 lagi berusia lima hingga 11 tahun.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 141 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 32 (individu yang lengkap divaksinasi); dua kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 27 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,036,342 dengan 4,989,861 pesakit telah sembuh, termasuk 141 yang pulih semalam.

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam sebanyak 9,539 kes masih aktif, meningkat sedikit berbanding 9,480 pada Ahad, dan 9,135 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menjalani kuarantin di rumah (9,088 pada Ahad).

Sementara itu, seramai 381 pesakit mendapatkan rawatan di hospital (371 pada Ahad), dan 23 dimasukkan ke unit rawatan rapi (21 pada Ahad) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (14 pada Ahad).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 81 (1,548,247);
  • Kuala Lumpur – 37 (468,049);
  • Sabah – 2 (406,802);
  • Johor – 17 (398,240);
  • Sarawak – 8 (324,308);
  • Kedah – 14 (318,553);
  • Pulau Pinang – 8 (307,471);
  • Kelantan – 1 (260,037);
  • Perak – 12 (238,938);
  • Negeri Sembilan – 6 (230,923);
  • Pahang – 3 (182,611);
  • Melaka – 6 (144,865);
  • Terengganu – 0 (132,933);
  • Putrajaya – 7 (32,420);
  • Labuan – 0 (22,955); dan
  • Perlis – 0 (18,990).

Sementara itu, KKM memaklumkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, iaitu masing-masing satu kes di Selangor dan Perak.

Ini menjadikan kumulatif kematian 17 Mac 2020 adalah sebanyak 36,942 kes, termasuk 7,870 kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok