2,007 kes semalam, 5 kematian

October 1, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, (Jumaat, 30 September 2022) meningkat sedikit kepada 2,007 kes berbanding 1,867 pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,840,879 kes, dengan 4,778,736 pesakit telah sembuh, termasuk 1,407 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,456 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 371 kes (penerima dua dos); 171 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi tadi menunjukkan sehingga kini sebanyak 25,769 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 25,174 yang dicatat pada Khamis.

Jumlah itu termasuk, 24,713 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah, meningkat berbanding 23,071 pesakit pada Khamis. Semalam adalah hari keempat berturut-turut tiada pesakit Covid-19 yang dirawat di PKRC.

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun semula kepada 1,014, berbanding 1,060 pesakit pada Khamis, manakala seramai 42 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (43 pada Khamis), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (24 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 693 (1,477,004);
  • Kuala Lumpur – 356 (437,785);
  • Sabah – 171 (394,925);
  • Johor – 45 (393,847);
  • Sarawak – 80 (315,596);
  • Kedah – 79 (309,849);
  • Pulau Pinang – 117 (297,398);
  • Kelantan – 24 (253,746);
  • Perak – 174 (227,813);
  • Negeri Sembilan – 122 (222,176);
  • Pahang – 30 (177,552);
  • Melaka – 60 (135,368);
  • Terengganu – 15 (129,657);
  • Putrajaya – 34 (27,437);
  • Labuan – 2 (22,267); dan
  • Perlis – 5 (18,459).

Sementara itu, lima pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Daripada jumlah kematian itu, dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu di Johor, Perak dan Sabah (BID).

Jumlaj itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,374 kes, termasuk 7,733 kes pesakit meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok